Sekolah
Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan
Tajuk
Kajian :
Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
Di Kampung Kok Lanas, Ketereh
Nama Murid :
Ainur Najihah Bt Zahari
(990401-03-5032)
Tingakatan :
2 Mutiara
Nama Guru Geografi :
Tuan Haji Jamil Bin Yaacob
Tarikh :
Senarai Kandungan :
Tajuk Muka Surat
·
Penghargaan..................... 1
·
Pendahuluan.................... 1
·
Objektif Kajian.................. 1
·
Kawasan Kajian................. 2
·
Kaedah Kajian................... 3
·
Konsep Migrasi
Penduduk......................... 3
·
Pola Migrasi Penduduk....
3
·
Kesan Migrasi.................. 4
·
Laporan Kajian................. 5
·
Lampiran.......................... 6-9
Penghargaan :
Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu saya dalam
pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian yang serba lengkap ini.
Ucapan terima kasih ditujukan khususnya ibu dan bapa saya yang telah banyak
memberi sokongan dan dorongan sepanjang kajian dijalankan.
Setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Haji Jamil b. Yaacob, guru Geografi Tingkatan Kelas Dua
Mutiara, yang telah memberi nasihat dan bimbingan sepanjang kajian ini
dijalankan serta telah memberi panduan.
Saya mengucapkan ribuan terima
kasih yang tak terhingga kepada responden-responden Kampung Kok Lanas yang sudi
di temu bual dan memberi maklumat yang berkaitan dengan isu migrasi penduduk di
kawasan tersebut.
Akhir sekali, saya
juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang telah memberi
sokongan kepada saya.
Pendahuluan :
Saya, Ainur Najihah, murid Tingkatan Dua
Mutiara yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bachok. Saya telah menjalankan
kajian bertemakan petempatan dan perkembangannya. Saya dan rakan-rakan telah
berbincang dengan guru geografi kami dan memilih isu-isu semasa yang berkaitan
dengan petempatan dan perkembangannya. Tajuk kajian kami ialah isu
faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Kampung Kok Lanas, Ketereh.
Selepas memilih tajuk
kajian, kami berbincang tentang objektif kajian, kawasan kajian dan cara-cara
menjalankan kajian. Kami juga menyediakan borang pemerhatian dan borang temu
bual. Akhir sekali, kami membuat satu senarai semak untuk menentukan tarikh dan
masa menjalankan aktiviti-aktiviti kajian dan menyiapkan laporan kajian.
Objektif Kajian :
Objektif kajian ini ialah untuk :
1.
Mengenal
pasti jenis-jenis migrasi
2.
Mengenal
pasti fator-faktor yang mempengaruhi migrasi
3.
Mengenal
pasti kesan migrasi
1
Kawasan Kajian :
Kawasan kajian
saya ialah sebahagian daripada Kampung Kok Lanas. Bentuk muka bumi kampung ini
ialah tanah pamah. Jumlah penduduk dikampung ini lebih kurang 200 penduduk.
Kampung Kok Lanas dari bandar utama iaitu Kota Bharu 24 kilometer. Kemudahan
asas yang terdapat di kampung ini ialah motor, kereta, bas dan basikal.
2
Kaedah
Kajian :
·
Pemerhatian
- Melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti keadaan kawasan kampung.
·
Rujukan
Internet - Melalui internet, saya memperoleh maklumat tentang kedudukan Kampung
Kok Lanas secara khusus.
·
Soal
selidik - Untuk mengumpul maklumat tentang migrasi penduduk.
·
Temu
bual - saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual
dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka
lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.
Konsep
Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah
penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau
sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan
ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Pola Migrasi Penduduk
Setelah
kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering
berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi
luar bandar bandar
Ini ialah
merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor
tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad,
tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana
kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor
awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi
Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini
juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar
kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA,
KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar
bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah
menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.
3
Kesan Migrasi
Kesan Positif
Migrasi
dalaman penduduk di Kampung Kok Lanas akan menimbulkan kesan-kesan. Kesan
positif bagi migrasi dalaman penduduk ialah masyarakat akan menjadi majmuk
kerana semakin banyak orang yang berbilang kaum berpindah ke Kampung Kok Lanas.
Selain itu,
taraf hidup penduduk di Kampung Kok Lanas akan meningkat kerana banyak peluang
pekerjaan diwujudkan dan pendapatan sebulan mereka yang amat tingg. Peluang
untuk belajar juga amat luas kerana di Kampung Kok Lanas mempunyai sekolah,
tadika dan universiti. Ini akan mewujudkan taraf hidup penduduk yang tinggi.
Di samping
itu, jumlah penduduk yang semakin menambah juga bermaksud pengguna di sekitar
Kampung Kok Lanas meningkat. Jadi, produk dapat dijual dan peniaga mendapat
keuntungan yang tinggi.
Kesan Negatif
Migrasi
dalaman penduduk juga akan menimbulkan kesan yang negatif seperti kes kecurian
dan meragut. Walaupun penduduk menguncikan pintu rumah dengan ketat, malah
pencuri masih dapat memasuki ke dalam rumah-rumah tersebut untuk membuat kes
kecurian.
Di samping
itu, sebaik sahaja bilangan penduduk meningkat, malah peluang pekerjaan akan
berkurang. Apabila peluang pekerjaan berkurang, penduduk akan melakukan apa jua
jenayah untuk mendapatkan wang untuk menyarakan diri. Contohnya, penduduk yang
tidak dapat pekerjaan akan mencuri.
Akhirnya,
penduduk di kawasan sekitar ini akan menambah secara langsungnya bilangan
kenderaan turut meningkat. Masalah ini akan menimbulkan masalah pencemaran
udara kerana kenderaan yang diguna akan melepaskan karbon dioxida yang boleh
menyebabkan penduduk sekitar menjangkiti penyakit kerosakan paru-paru, penyakit
kancer dan sebagainya.
4
Laporan Kajian :
Melalui pemerhatian
dan soal selidik, saya mendapati bahawa kampung Kok Lanas mempunyai penduduk
yang ramai kerana di sini mempunyai pembangunan yang semakin maju.
Menurut
orang yang di temu bual oleh saya, dia mengatakan bahawa Imigrasi (penghijrahan
masuk penduduk) di Kampung Kok Lanas sebanyak 2 hingga 3 ribu orang.
Kebanyakannya pelajar yang berpindah di sini kerana mempunyai Politeknik Kota
Bharu. Tetapi mereka hanya menetap 2 atau 3 tahun sahaja.
Pembangunan
di sini juga semakin maju. Contoh pembangunan yang ada di kampung ini ialah kedai
makan yang banyak, peluang pekerjaan banyak disini dan gaji yang lumayan, mempunyai
pasaraya seperti Econjaya dan institut pengajian tinggi seperti Politeknik Kota
Bharu dan Kolej Matrikulasi yang sedang dalam pembinaan.
Saya percaya
bahawa kampung ini akan maju pada tahun-tahun akan datang. Kerana Emigrasi
(penghijrahan keluar penduduk) berkurangan kira-kira seribu orang. Saya telah
membuat graf pola migrasi di bawah.
5
Borang Pemerhatian
Tujuan Kajian : Mengenal Pasti
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi
Penduduk di Kampung Kok Lanas, Ketereh
1. Nama murid :
|
2. Tingkatan :
|
3. Tarikh :
|
4. Tajuk Kajian :
|
5. Catatan pemerhatian :
|
·
Imigrasi (penghijrahan masuk penduduk) :
|
· Emigrasi (penghijrahan keluar
penduduk) :
|
6
Lampiran B
Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok,
Bachok, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Borang Temu Bual
|
1. Nama Murid :
|
2. Tingkatan :
|
3. Tarikh :
|
4. Kawasan Kajian :
|
5. Nama responden :
|
6. Jantina : Lelaki Perempuan
|
7
Lampiran C
Surat Kebenaran Sekolah
SMK Bachok,
Bachok,
16100 Kota
Bharu
Kelantan.
Rujukan
kami : SMKB134
Tarikh : 9 MEI 2013
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Tuan/Puan
Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Perkara di atas adalah di rujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa Ainur
Najihah bt. Zahari (No. K/P 990401-03-5032) adalah murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Bachok, Kelantan. Murid ini dikehendaki menjalankan kerja lapangan
untuk memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi KBSM di Tingkatan Dua.
3. Pihak sekolah ingin meminta jasa
baik tuan/puan untuk membenarkan murid ini temu bual dan memperoleh maklumat
yang berkenaan daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
8
Lampiran D
Surat
Kebenaran Ibu Bapa
Zahari bin Omar,
Lot 1815, Kampung Tapang,
16100 Kota
Bharu.
SMK Bachok,
16100 Kota
Bharu.
Tuan,
Menjalankan
Kerja Lapangan
Merujuk
perkara di atas, saya Zahari bin Omar, membenarkan anak saya, Ainur Najihah bt Zahari murid daripada Tingkatan Dua Mutiara, untuk
menjalankan kerja lapangan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan
Dua.
2. Saya faham
bahawa semasa menjalankan kerja lapangan ini, jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap
pihak sekolah.
Sekian,
terima kasih.
Yang benar,
(Zahari Bin
Omar)
9
very useful
ReplyDeleteawesome and very helpful///
ReplyDeleteawesome and very helpful///
ReplyDelete