Saturday, August 24, 2013

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan
Tajuk  Kajian :
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
Di  Kampung Kok Lanas, Ketereh
Nama Murid :
Ainur Najihah Bt Zahari
(990401-03-5032)

Tingakatan :
2 Mutiara
Nama Guru Geografi :
Tuan Haji Jamil Bin Yaacob
Tarikh :




Senarai Kandungan :
Tajuk                                               Muka Surat
·       Penghargaan.....................  1

·       Pendahuluan....................  1

·       Objektif Kajian.................. 1

·       Kawasan Kajian................. 2

·       Kaedah Kajian...................  3

·       Konsep Migrasi
Penduduk.........................   3

·       Pola Migrasi Penduduk....  3

·       Kesan Migrasi..................  4

·       Laporan Kajian.................  5

·       Lampiran.......................... 6-9

Penghargaan : 
                       Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian yang serba lengkap ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang kajian dijalankan.
                               Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Jamil b. Yaacob, guru Geografi Tingkatan Kelas Dua Mutiara, yang telah memberi nasihat dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan serta telah memberi panduan.
                               Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada responden-responden Kampung Kok Lanas yang sudi di temu bual dan memberi maklumat yang berkaitan dengan isu migrasi penduduk di kawasan tersebut.
                             Akhir sekali, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang telah memberi sokongan kepada saya.
Pendahuluan :
                          Saya, Ainur Najihah, murid Tingkatan Dua Mutiara yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bachok. Saya telah menjalankan kajian bertemakan petempatan dan perkembangannya. Saya dan rakan-rakan telah berbincang dengan guru geografi kami dan memilih isu-isu semasa yang berkaitan dengan petempatan dan perkembangannya. Tajuk kajian kami ialah isu faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Kampung Kok Lanas, Ketereh.
                       Selepas memilih tajuk kajian, kami berbincang tentang objektif kajian, kawasan kajian dan cara-cara menjalankan kajian. Kami juga menyediakan borang pemerhatian dan borang temu bual. Akhir sekali, kami membuat satu senarai semak untuk menentukan tarikh dan masa menjalankan aktiviti-aktiviti kajian dan menyiapkan laporan kajian.
Objektif Kajian :
  Objektif kajian ini ialah untuk :
1.      Mengenal pasti jenis-jenis migrasi
2.      Mengenal pasti fator-faktor yang mempengaruhi migrasi
3.      Mengenal pasti kesan migrasi



1
Kawasan Kajian :
     Kawasan kajian saya ialah sebahagian daripada Kampung Kok Lanas. Bentuk muka bumi kampung ini ialah tanah pamah. Jumlah penduduk dikampung ini lebih kurang 200 penduduk. Kampung Kok Lanas dari bandar utama iaitu Kota Bharu 24 kilometer. Kemudahan asas yang terdapat di kampung ini ialah motor, kereta, bas dan basikal.



2
Kaedah Kajian :
·         Pemerhatian - Melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti keadaan kawasan kampung.
·         Rujukan Internet - Melalui internet, saya memperoleh maklumat tentang kedudukan Kampung Kok Lanas secara khusus.
·         Soal selidik - Untuk mengumpul maklumat tentang migrasi penduduk.
·         Temu bual - saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.
Konsep Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar bandar bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh  faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.

3

Kesan Migrasi
Kesan Positif
Migrasi dalaman penduduk di Kampung Kok Lanas akan menimbulkan kesan-kesan. Kesan positif bagi migrasi dalaman penduduk ialah masyarakat akan menjadi majmuk kerana semakin banyak orang yang berbilang kaum berpindah ke Kampung Kok Lanas.
Selain itu, taraf hidup penduduk di Kampung Kok Lanas akan meningkat kerana banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan pendapatan sebulan mereka yang amat tingg. Peluang untuk belajar juga amat luas kerana di Kampung Kok Lanas mempunyai sekolah, tadika dan universiti. Ini akan mewujudkan taraf hidup penduduk yang tinggi.
Di samping itu, jumlah penduduk yang semakin menambah juga bermaksud pengguna di sekitar Kampung Kok Lanas meningkat. Jadi, produk dapat dijual dan peniaga mendapat keuntungan yang tinggi.
Kesan Negatif
Migrasi dalaman penduduk juga akan menimbulkan kesan yang negatif seperti kes kecurian dan meragut. Walaupun penduduk menguncikan pintu rumah dengan ketat, malah pencuri masih dapat memasuki ke dalam rumah-rumah tersebut untuk membuat kes kecurian.
Di samping itu, sebaik sahaja bilangan penduduk meningkat, malah peluang pekerjaan akan berkurang. Apabila peluang pekerjaan berkurang, penduduk akan melakukan apa jua jenayah untuk mendapatkan wang untuk menyarakan diri. Contohnya, penduduk yang tidak dapat pekerjaan akan mencuri.
Akhirnya, penduduk di kawasan sekitar ini akan menambah secara langsungnya bilangan kenderaan turut meningkat. Masalah ini akan menimbulkan masalah pencemaran udara kerana kenderaan yang diguna akan melepaskan karbon dioxida yang boleh menyebabkan penduduk sekitar menjangkiti penyakit kerosakan paru-paru, penyakit kancer dan sebagainya.




4
Laporan Kajian :
  Melalui pemerhatian dan soal selidik, saya mendapati bahawa kampung Kok Lanas mempunyai penduduk yang ramai kerana di sini mempunyai pembangunan yang semakin maju.
Menurut orang yang di temu bual oleh saya, dia mengatakan bahawa Imigrasi (penghijrahan masuk penduduk) di Kampung Kok Lanas sebanyak 2 hingga 3 ribu orang. Kebanyakannya pelajar yang berpindah di sini kerana mempunyai Politeknik Kota Bharu. Tetapi mereka hanya menetap 2 atau 3 tahun sahaja.
Pembangunan di sini juga semakin maju. Contoh pembangunan yang ada di kampung ini ialah kedai makan yang banyak, peluang pekerjaan banyak disini dan gaji yang lumayan, mempunyai pasaraya seperti Econjaya dan institut pengajian tinggi seperti Politeknik Kota Bharu dan Kolej Matrikulasi yang sedang dalam pembinaan.
Saya percaya bahawa kampung ini akan maju pada tahun-tahun akan datang. Kerana Emigrasi (penghijrahan keluar penduduk) berkurangan kira-kira seribu orang. Saya telah membuat graf pola migrasi di bawah.











5

Borang Pemerhatian
Tujuan Kajian : Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi        Penduduk di Kampung Kok Lanas, Ketereh

1.    Nama murid :
2.    Tingkatan     :
3.    Tarikh           :
4.    Tajuk Kajian :
5.    Catatan pemerhatian :
·        Imigrasi (penghijrahan masuk penduduk) :
·       Emigrasi (penghijrahan keluar penduduk) :
                         









                                                  6
Lampiran B
Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Bachok, 16100 Kota Bharu, Kelantan


Borang Temu Bual
1.    Nama Murid :
2.    Tingkatan :
3.    Tarikh :
4.    Kawasan Kajian :
5.    Nama responden :
6.    Jantina : Lelaki   Perempuan










7
Lampiran C
Surat Kebenaran Sekolah
SMK Bachok,
Bachok,
16100 Kota Bharu
Kelantan.

                                                                                                             Rujukan kami : SMKB134
                                                                                                             Tarikh : 9 MEI 2013
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Tuan/Puan
Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Perkara di atas adalah di rujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa Ainur Najihah bt. Zahari (No. K/P 990401-03-5032) adalah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Murid ini dikehendaki menjalankan kerja lapangan untuk memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi KBSM di Tingkatan Dua.
3. Pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk membenarkan murid ini temu bual dan memperoleh maklumat yang berkenaan daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,




8
Lampiran D
Surat Kebenaran Ibu Bapa
Zahari bin Omar,
Lot 1815, Kampung Tapang,
16100 Kota Bharu.

SMK Bachok,
16100 Kota Bharu.                                                                                              

Tuan,
Menjalankan Kerja Lapangan
Merujuk perkara di atas, saya Zahari bin Omar, membenarkan anak saya, Ainur Najihah bt Zahari murid daripada Tingkatan Dua Mutiara, untuk menjalankan kerja lapangan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Dua.
2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kerja lapangan ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Zahari Bin Omar)





9